Kejatuhan Maya Tamadun_Maya

Pada abad ke 8 dan ke 9 AD kebudayaan Maya Klassik merosot, dengan kebanyakan bandar tanah rendah ditinggalkan. Perperangan, kehabisan tanah pertanian disebabkan faktor ekologi, dan kemarau atau gabungan faktor-faktor ini biasanya dicadangkan sebagai sebab kemerosotan ini. Terdapat bukti carigali arkhaeologi mengenai perperangan, kebuluran, dan pemberontakan terhadap kaum bangsawan dipelbagai tapak tanah rendah tengah.

Bandar Maya di tanah rendah di utara Yucatan masih berkembang melebihi dari satu abad lagi; sebahagian dari tapak penting pada era ini adalah Chichen Itza, Uxmal, Etzna, dan Coba. Selepas kejatuhan dinasti pemerintah Chichen dan Uxmal, Mayapan memerintah kesemua Yucatan sehingga pemberontakan pada tahun 1450; kawasan tersebut kemudian bertukar menjadi negara bandar sehingga Sepanyol menakluk Yucatan.

Negeri Post-Klassik Maya turut terus berkembang ditanah tinggi kawasan selatan. Satu daripada kerajaan Maya di kawasan ini, Quiché, bertanggung jawab bagi hasil kerja Mayan yang paling terkenal historiografi dan mythologi, Popol Vuh.

Sepanyol memulakan penaklukan tanah Maya pada 1520-an. Sesetengah negeri Maya memberikan tentengan sengit; negara bandar Maya terakhir hanya ditewaskan oleh pihak berkuasa Sepanyol pada 1697.

Sebahagian besar koloni Amerika Sepanyol terputus hubungan dengan negara luar, dan runtuhan bandar agung silam tidak begitu diketahui kecuali kepada penduduk tempatan. Pada tahun 1839 bagaimanapun, pengembara Amerika, John Lloyd Stephens, mendengar lapuran mengenai tinggalan purba di dalam hutan, melawat Copan, Palenque, dan tapak lain dengan arkhitek & pelakar pelan draftsman Inggeris Frederick Catherwood. Gambaran bergambar mereka mengenai runtuhan tersebut menyemarakkan minat yang kuat terhadap penduduk dan kawasan tersebut, dan mereka sekali lagi menduduki kedudukan penting sebagai penyambung penting dalam warisan Mesoamerican.

Sebahagian besar penduduk pendalaman kini di Guatemala dan Belize adalah dari keturunan Maya dan bertutur Maya sebagai bahasa utama; kebudayaan Maya masih wujud dipendalaman Mexico.